Khamis, 3 September 2015

Sedu Sedan Di Sebalik Pembikinan Modul



Tuan Yusry Yusopp keluar masuk bilik perbincangan. Buku buku kraf, eksperimen sains, rujukan surah, tafsir Al Quran tersusun kemas di tangannya.
"Cabaran kira sekarang adalah untuk siapkan framework Huffaz Cilik. Timeline kita semakin dekat. Banyak surah yang belum kita cover".
"Tuan, semalam saya sudah susunkan framework baru. Setiap surah ada slot hafazan, storytelling, lembaran kerja dan aktiviti. Cuma untuk susunkan semua perlukan kita faham mesej di sebalik surah. Sekarang ini aktiviti kita berterabur. Kita pun tak pasti nak pilih cerita mana yang sesuai. Khuatir terlalu abstrak untuk budak tadika". Saya membelek-belek kepingan kertas nota yang bercerai.
"aduh Tuan, saya ada masalah ni. Laptop saya tak boleh hidup. Macam mana kita nak siapkan kerja?" Puan Wan Anie menekan nekan butang power laptopnya. Dahinya berkerut.
"Kita teruskan dengan apa yang kita ada. Puan gunalah laptop simpanan saya. Mudah mudahan usaha Kita menulis modul Huffaz Cilik ini menghasilkan pahala berganda ganda buat kita semua", Tuan Yusry berjalan keluar bilik seperti Baymax mengambil laptop simpanannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan